klik link ini Dijamin Berguna Bagi Kita-Kita Para Anak MUDA | Mr.Arisan HR

Pages

Subscribe:
Guestbook

ShoutMix chat widget




Bon-bon's blog Iɹ uɐsıɹɐ˙ɹW

wibiya.com widget

Tuesday, February 28, 2012

Dijamin Berguna Bagi Kita-Kita Para Anak MUDA

ADAB BERPAKAIAN MENURUT ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim.Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-A`araf, ayat 26 yang bermaksud;
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk)

pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda(limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya merekamengenangnya (dan bersyukur).”


Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada seluruh umat manusia melalui NabiMuhammad s.a.w. adalah penyelamat dan pembawa rahmat kepada mereka dan seluruhkehidupan mereka. Ia penyelamat manusia dalam setiap kegiatan dan kehidupan merekadi dunia dan memberi rahmat kepada manusia di saat bertemu kembali dengan Tuhanmereka di akhirat kelak.Dalam hal ini, Islam telah memperincikan secara jelas tentang adab dan peraturan dalammengurus kehidupan manusia termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan pakaian dan perhiasan untuk mereka.Islam sebenarnya adalah agama yang mudah dan memudahkan umatnya bila garis dasar yang ditetapkan dalam berpakaian ialah menutup aurat dan bersih. Aurat mengikut jumhur ulama bagi lelaki ialah dari bawah lutut hingga ke atas pusat mereka.


Walau bagaimanapun, adab dan kesopanan dalam berpakaian menurut Islam menambahkansehingga ke atas bahu apabila kita diminta meletakkan kain atau pakaian lain menutupihingga ke atas dua bahu ketika hendak sembahyang.Manakala aurat bagi wanita ialah seluruh tubuh mereka kecuali muka dan dua tangan bermula dari pergelangan tangan mereka. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawaseluruh tubuh wanita itu adalah aurat termasuk muka mereka dengan alasan muka juga boleh menarik perhatian lelaki yang “hatinya berpenyakit” dan akan menimbulkan fitnahdalam masyarakat.Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatanmereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengantudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh merekamelainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlahmereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”



Selain itu, Islam yang diterima oleh seluruh manusia di seluruh pelusuk dunia adalah berpunca dari pembawa yang sama iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda adalah dari bangsa Arab yang berpakaian mengikut budaya bangsa baginda.Oleh sebab puncanya bermula dari bangsa Arab yang mana cara pemakaian mereka ialah jubah, serban atau kopiah (sesuatu yang menutup kepala) bagi lelaki dan berjubah labuhmenutup seluruh tubuh bagi wanita, maka ia juga turut dikira sebagai budaya pemakaianIslam bahkan lebih jauh lagi ia sudah dicap sebagai imej Islam itu sendiri.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;


“Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”
Rasulullah s.a.w. sendiri dalam segala segi manjadi rujukan dan ikutan setiap umat Islamyang komited dan istiqamah dengan suruhan agama, maka mereka turut meniru danmembudayakan setiap amalan dan tindakan termasuklah cara Rasulullah s.a.w. berpakaian dalam hidup mereka.Itulah yang melambangkan imej dan syiar Islam sehinggakan keperibadian seseoranghamba itu turut dinilai melalui cara mereka berpakaian.Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud;
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan- perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruhtubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan(ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Inilah antara lambang kesempurnaan dan ajaran bagaimana Islam mendidik umatnyadalam berpakaian dan memilih pakaian yang melambangkan ketaqwaan kepada Allah.Oleh itu, kita sebagai umat Islam dan selagi kita meyakini bahawa setiap ajaran Islam itu benar dan meyakini bahawa Allah itu benar, maka kita akan dengan rela hati memilih dan berpakaian menurut Islam dan menjulang tinggi pakaian yang manjadi syiar dan lambangkeislaman dan ketaqwaan kita walaupun ada mereka yang membenci, marah ataumenyerang kita.Ketahuilah, hakikatnya mereka mahu menyerang Islam itu sendiri tetapi merekamemperalatkan seorang dua golongan yang berperangai syaitan tetapi meniru pakaianIslam.Yakinlah Allah tetap bersama kebenaran dan Allah pasti bersama kita selagi kita bersamakebenaran.Firman Allah s.w.t. dalam Surah an-Nisa`, ayat 85 yang bermaksud;
“Sesiapa yang memberikan syafaat (tauladan) yang baik nescaya ia akan memperolehbahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan tauladan yang buruk,nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas semua perkara.”

0 komentar:

Post a Comment

Nuker LINK yuk..

MyBaner main-
- Mr.Arisan RI
Tips, Triks AdSense, Tutorial Blog, tips google adsense, bisnis internet, pasang iklan free, cheat-cheat game, trik game, tips game Tukeran Link | Backlink | Link Exchange bendera Pictures, Images and Photos gbr bendera Pictures, Images and Photos